Sentuhan dari Mohamad Sahal yang mengaplikasikan idea kreatifnya serta imaginasinya maka terhasilah gambar yang sesuai sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Bermula dengan sesi fotografi secara bergilir-gilir dengan memperagakan pakaian yang menarik yang telah tersedia.Setelah selesai kesemuanya maka bermulalah proses edit bagi menghasilkan sebuah gambar yang menarik.Kerja-kerja editing ini tidak hanya dari Sahal sahaja malah dibantu juga oleh rakan-rakan yang lain bagi menambah idea-idea yang menarik.
Dengan berlatarkan Ramadhan Kareem gambar kami semua diletakkan bersama-sama gambar kami dan diubah dengan cantik sekali dengan menggunakan kepakaran dan teknik yang dipelajari.Setelah sekian lama kini terhasilah foto kami yang terdiri daripada saya sendiri,sahal,banazir,khairi,hafiz dan juga qayum. Lihat lah hasilnya sangat menarik.
Setelah selesai kesemuanya gambar ini dimuatnaik ke dalam Facebook iaitu ruang sosial sekarang.Tidak disangka-sangka gambar ini mendapat sambutan baik dari kawan-kawan yang lain dengan komen-komen yang menarik diberikan,sehinggakan mereka menyangka kami adalah satu kumpulan nasyid,sangat melucukan.Terima kasih atas komen dan cadangan.
idea ini perlu diteruskan untuk masa akan datang bagi mengembangkan bakat yang telah sedia ada...
. . Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat . .
Friday, August 13, 2010
Thursday, August 12, 2010
..SALAM RAMADHAN..
Ramadhan kareem dari kami. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini marilah kita bersama-sama mencari keberkatan dan juga rahsia Ramadhan. Ramadhan bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga malah menahan diri dari terus melakukan perkara yang sia-sia. Selain itu juga mengajar kita mengawal segala nafsu yang bakal memudarat diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
M.e.k.a.n.i.k.a.l
Kejuruteraan mekanik atau mekanikal adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik, termodinamik dan tenaga. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistem pemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan dan jentera industri, dan banyak lagi.
Salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.
Tenaga
Suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, cahaya, elastik dan elektromagnetik.
Termodinamik
Satu cabang fizik yang mengkaji kesan-kesan perubahan suhu, tekanan, dan isi padu terhadap sistem-sistem fizikal pada skala makroskopik. Kajian ini dibuat melalui analisis statistik terhadap gerakan kolektif zarah-zarahnya.
Kinematik
Kajian berkenaan dengan jenis pergerakan sesuatu objek tanpa merujuk kepada daya-daya yang menyebabkan gerakan objek itu